Saturday, December 13, 2008

Malam Gemilang Anugerah Pertisa 2008

Malam Anugerah pertisa yang kedua kali diadakan ini, cukup meria dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. DJ Suria Fm yang sangat popular ketika ini, DJ Othoe yang turut hadir pada malam tersebut. Kedatangan DJ Othoe ke majlis tersebut, menambakan lagi suasana yang sangat meria. Bukan setekat itu saja malahan DJ Othoe turut mendapat perhatian daripada para peminatnya sekaligus dikerumi.

Sebenarnya ramai artis sabah yang datang cuma, gambar ini saja yang sempat saya ambil...

Bertuahnya.... alahai Butod huntungnya kau dapat makan bersama DJ Popular DJ Othoe... Selain Butod, beberapa lagi pemenang kuiz makan malam bersama Othoe pada malam tersebut.

Mantap... walaupun tidak memenangi apa-apa katogeri, Atama dan David Pinus tetap mantap di malam anugerah tersebut...

Raphiel Pinus merupakan sala satu AJK Pertisa. Walaupun dalam keadaan sibuk, Raphiel Pinus tetap Sentiasa tersenyum.

Ini dia penyanyi John Samud penyanyi Dusun yang cukup popular dengan lagu-lagu berkonsepkan jenaka dan nasihat turut hadir pada malam tersebut.

Usal turut tidak ketinggalan membuat persembahan pada malam tersebut. Usal berduet bersama penyanyi Martha Ginun dengan lagu duet mereka.

Penyanyi Sentimental Apai, turut hadir pada malam tersebut bersama keluarga tersayang.

David Pinus bergambar bersama penyanyi S. Willy...

Ampal dengan konsepnya yang tersendiri... memenangi anugerah pelakon lelaki paling popular dan mendapat anugerah khas daripada Pertisa..

Malam penutup Anugerah Pertisa 2008... Lagu yang di anugerahkan lagu paling popular sayang kinabalu, dinyanyikan oleh penyanyi asal Kimin Mudin bersama dengan beberapa artis lain seperti Ivy Alexandra artis paling popular dan beberapa lagi...

Semoga Anugerah Pertisa di teruskan...

Tuesday, December 2, 2008

kekalkan cerita dongeng


Cerita dongeng merupakan satu cerita yang diceritakan oleh kalangan nenek-nenek. Saya merupakan seorang generasi baru yang masih gemar dengan cerita dongeng. Cerita dongeng cukup menghiburkan saya apatah lagi nenek yang menceritakan... Bila nenek saya mula menceritakan cerita dongeng, saya seakan-akan terbayang cerita sesuatu yang sangat luar biasa...

Dalam Blog ini, saya akan menceritakan berbagai cerita dongeng yang pernah diceritakan oleh nenek saya kepada saya ketika dahulu...

Selain itu, saya juga akan tulis berbagai perkara yang lain.

Saya menulis untuk mengisi masa lapang yang terbiar...

Monday, November 17, 2008

CERITA DONGENG - isteri ku orang bunian

Mengimbas kenangan silam ,sekian lama tersimpan..hati sepi ku terdetik ,di buai perasaaan kerinduan,seakan memanggil rasa cinta ku padanya.mata hati ku yang seakan buta menilai indahnya pesona senyuman yang terukir,menyeru hati ku merayu padanya,.Ririe namanya d perkenal,saat itu bermula rasa cinta yang membungkam jiwa.kemelut di luar sana seakan tak perlu lagi ku risaukan ,tiap gerak-gerinya gemalai lingguknya, pegun kan mata ku.
Berbeza dengan manusia biasa, ririe merupakan anak kepada ketua kerabat Tasik Mata Air, di limpahi dengan kasih sayang kaum keluarga nya.tidak seperti manusia yang penuh hasad dengki,tipu muslihat yang membawa perbalahan dan perpisahan.Dek layanan istimewa makhluk bunian,rasa nak kembali ke dunia asal tak terlintas pun.
saat permulaan itu ,sedang bulan mengambang,saya dan datuk ku ke Tasik Mata Air untuk mengambil air minum.sssssss.....bunyi berdesir,meniup lembut di cuping telinga ku.Diam..!suara garau datuk ku ,mengarahkan aku agar berdiam diri sahaja.lantas teringat akan pesan datuk ku sebelum ke sana agar apa pun benda yang datang menggangu saat itu,usah di layan sangat,kerana itu adalah perkara biasa waktu bulan sarat menyinar kan cahayanya.
Sperkara ku lupa bahawa benda aneh sebegini hanya lah ilusi minda bawah sedar sahaja,namun kenyataan takdir lebih memihak kepada kekuasaan penghuni alam nya...darah ku berderau ,jantung berdegup rancak apabila angin sepoi tadi menerbang kan haruman kasturi menyelinap masuk ke rongga hidung ku..kata hati ku tak mampu menepis kerana kekuatan haruman itu amat segar dan membuai rasa hingga saya cuba mencari dari mana datang nya
angin itu.
Terkejut bukan kepalang apabila mendapati sesusuk tubuh menawan ,seorang sunti berwajah manis ayu,sedang mengocak air di tepian Tasik itu.menyedari akan kehadiran ku,gadis itu terus memaling kan muka nya seraya berkata dengan nada yang lembut "hai nak cari anak bulan di tasik ke"?...melihat saja bebola anak matanya cukup membuat aku bagai kan mabuk kepayan....marilah ,,,sambil menjirus wajah ku dengan air tasik itu.....sungguh nyaman rasanya.hati ku mengikut apa saja perkataan yang terlontar dari bibirnya.
Tanpa ku sedari saya telah di bawa ke tempat yang tak pernah ku pijak dalam hidup ku.saya di layan dengan baik,di beri tempat duduk yang beralaskan manik-manik yan berkilauan,indah memang indah,tak dapat ku ungkap kan saat itu. seawal pagi lagi tempat itu di penuhi ramai kaum keluarga Ririe,paluan gendang,kompang,mengalunkan bunyi yang cukup merdu..sepasang suami isteri datang bersalam dengan aku,pada telahan ku,mungkin kah itu ibu bapa Ririe.memang tekaan ku benar..merka memperkenalkan siapa mereka dan mempelawa aku duduk di samping Ririe.Tanpa sekata patah pun, ayah Ririe menyatakan niatnya nak jodohkan saya dengan Ririe,tanpa apa-apa bantahan ,saya menerima dengan perasaan yang indah berbunga-bunga.
sejak dari itu kami sah sebagai pasangan sumi isteri,cuma satu syarat yang di beri, saya tidak boleh kembali ke dunia bersamanya,namun saya di beri kelonggaran dengan mempertemukan Ririe dengan kaum ku hanya waktu bulan mengambang dan di tempat asal pertemuan dahulu sahaja. Tiap-tiap purnama ke tujuh putri-putri bunian itu akan bermain-main dan bermandi mandian..Rupa -rupanya kunjungan saya dengan datuk ku sudah di rancang awal-awal oleh ayah Ririe dengan datuk ku,.Datuk ku merupakan seorang yang berkebolehan menjadi pengantara makhluk Bunian dengan manusia biasa,.
sejak itu saya hidup separuh sedar dengan tidak,kerana indah nya alam bunian,segala rencah kehidupan di bumi nyata tidak lagi ku rasai.cuma sekali sekala sahaja lagi aku menjenguk kaum keluarga ku........